SOALAN LAZIM

Simpan SSPN Prime

1. Apakah Simpan SSPN Prime?

Simpan SSPN Prime merupakan satu instrumen simpanan tanpa komitmen bulanan yang direka khas oleh PTPTN bagi tujuan pendidikan tinggi. Simpan SSPN Prime adalah berlandaskan syariah menggunakan konsep ‘Wakalah Bil Istithmar’ bermaksud mewakilkan untuk tujuan pelaburan.

2. Apakah objektif Simpan SSPN Prime?

Objektif Simpan SSPN Prime adalah untuk membudayakan tabiat menabung di kalangan warganegara Malaysia bagi tujuan pendidikan tinggi sekaligus mengurangkan kebergantungan kepada pinjaman.

3. Apakah keistimewaan Simpan SSPN Prime?

Simpan SSPN Prime menawarkan pelbagai keistimewaan, antaranya:

1. Pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan bersih tahun semasa hingga RM8,000.00 setahun bagi akaun yang dibuka atas nama anak / anak angkat yang sah sebagai penerima manfaat;

2. Perlindungan takaful secara percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000.00 dan ke atas;

3. Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan;

4. Pemberian geran sepadan kerana memasuki institusi pendidikan tinggi (IPT) sehingga RM10,000.00 untuk satu keluarga yang layak bagi akaun yang dibuka atas nama anak sebagai penerima manfaat;

5. Simpanan dijamin oleh kerajaan;

6. Layak memohon pinjaman pendidikan PTPTN;

4. Adakah akaun Simpan SSPN Prime boleh dibuka oleh seseorang yang masih bujang atau ibubapa yang tiada tanggungan anak di IPT ?

Boleh. Akaun Simpan SSPN Prime boleh dibuka oleh sesiapa sahaja yang berwarganegara Malaysia dan berumur 18 tahun dan ke atas bagi memupuk sikap penabungan di kalangan rakyat Malaysia.

5. Apakah syarat-syarat penyertaan Simpan SSPN Prime?

Syarat-syarat penyertaan Simpan SSPN Prime adalah seperti berikut:

1. Ibu / bapa / penjaga / individu yang ingin menjadi pendeposit dan / atau penerima manfaat kepada akaun Simpan SSPN Prime mestilah warganegara Malaysia.

2. Bagi pembukaan akaun untuk anak angkat di bawah jagaan yang sah, surat akuan berkanun atau sijil anak angkat hendaklah disertakan bagi menikmati

keistimewaan pelepasan taksiran cukai pendapatan dan geran sepadan ke institusi pendidikan tinggi (jika layak).

3. Pendeposit boleh juga membuka akaun untuk diri sendiri.

4. Setiap pendeposit hanya boleh membuka satu akaun untuk penerima manfaat yang sama.

5. Penerima manfaat mestilah berumur antara 1 hari hingga sebelum mencapai umur 29 tahun.

6. Penerima manfaat yang telah mempunyai akaun yang dibuka oleh seseorang pendeposit boleh membuka akaun bagi dirinya sendiri atau membuka akaun

untuk warganegara Malaysia yang lain. Ini bermakna, seorang penerima manfaat pada masa yang sama juga boleh menjadi pendeposit.

7. Pendeposit yang berbeza boleh membuka akaun Simpan SSPN Prime bagi penerima manfaat yang sama dan tiada had bilangan akaun bagi setiap penerima

manfaat.

Simpan SSPN Plus

1. Apakah SSPN?

SSPN atau Skim Simpanan Pendidikan Nasional merupakan satu skim atau instrumen simpanan yang direka khas oleh PTPTN bagi tujuan penabungan untuk pendidikan tinggi. SSPN telah dilancarkan secara rasmi pada 6 Ogos 2004. SSPN terdiri daripada dua komponen produk simpanan iaitu Simpan SSPN Prime (dahulunya dikenali sebagai SSPN-i) dan Simpan SSPN Plus (dahulunya dikenali sebagai SSPN-i Plus).

2. Apakah Simpan SSPN Plus?

Simpan SSPN Plus (dahulunya dikenali sebagai SSPN-i Plus) merupakan produk terbaru PTPTN dengan kerjasama Hong Leong MSIG Takaful Berhad (HLMT), Great Eastern Takaful Berhad (GETB) dan Takaful IKHLAS Family Berhad (TIFB) sebagai Syarikat Pengendali Takaful bagi produk ini.

3. Adakah pelan simpanan yang ditawarkan ini patuh syariah?

Ya. Pelan simpanan ini adalah patuh syariah yang menggunakan konsep Wakalah Bil Istithmar bagi simpanan Simpan SSPN Plus iaitu kontrak wakil dan kontrak pelaburan. Manakala bagi skim takaful pula menggunakan konsep Iltizam Bil Al Tabarru. Produk ini telah mendapat pengesahan syariah oleh Islamic Banking and Financial Institution of Malaysia (IBFIM)

4. Apakah pakej yang ditawarkan melalui Simpan SSPN Plus?

Simpan SSPN Plus menawarkan enam (6) pakej pilihan dengan komitmen terendah sebanyak RM30 sebulan. Pakej yang ditawarkan adalah seperti jadual:

 

 

5. Apakah keistimewaan Simpan SSPN Plus?

Simpan SSPN Plus mempunyai pelbagai keistimewaan iaitu:

1. Produk patuh syariah;

2. Pelepasan cukai ke atas simpanan bersih tahun semasa (tahun taksiran) sehingga RM8,000 setahun (bersekali dengan produk Simpan SSPN Prime);

3. Pelepasan cukai ke atas sumbangan takaful bagi tahun semasa (tahun taksiran) sehingga RM3,000 setahun (bagi pekerja swasta atau penjawat awam
yang memilih KWSP) atau RM7,000 setahun (bagi Penjawat Awam memilih Pencen Kerajaan);

4. Komitmen serendah RM 30.00 sebulan.

5. Manfaat kematian dan ilat kekal (kemalangan) sehingga RM1,200,000 bergantung kepada pakej dan Syarikat Pengendali Takaful (SPT);

6. Tiada pemeriksaan kesihatan.

7. Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan;

8. Khairat kematian kepada pendeposit, pasangan dan anak-anak (maksimum 5 orang anak sahaja tertakluk kepada syarikat pengendali takaful yang
dipilih);

9. Manfaat sehingga 45 penyakit kritikal sehingga RM250,000.00 bergantung kepada pakej dan SPT yang dipilih

10. Elaun kemasukan hospital sehingga RM250 sehari bergantung kepada pakej dan SPT yang dipilih

11. Layak memohon pinjaman pendidikan PTPTN;

12. Perlindungan 24 jam di seluruh dunia.

13. Simpanan dijamin Kerajaan

Dividen

1. Siapakah yang layak menerima dividen?

Pendeposit yang mempunyai akaun Simpan SSPN  yang berstatus aktif semasa proses agihan dividen dilakukan adalah layak menerima dividen pada kadar yang diisytiharkan.

2. Adakah pendeposit layak menerima dividen jika menutup akaun sebelum dividen diagihkan?

Tidak layak.

3. Adakah pendeposit layak menikmati dividen sekiranya membuat pengeluaran simpanan sebelum dividen diagihkan?

Layak selagi tidak membuat penutupan akaun.

4. Bagaimana dividen tersebut dibayar kepada pendeposit?

Dividen akan dikreditkan terus ke akaun Simpan SSPN.

5. Adakah dividen dikecualikan cukai pendapatan?

Ya. Pendapatan dari dividen Simpan SSPN dikecualikan daripada cukai.

Pelepasan Tafsiran Cukai

1. Siapakah yang layak mendapat insentif pelepasan taksiran cukai pendapatan?

Ibu bapa dan ibu bapa angkat/ penjaga yang sah dari segi undang-undang yang menyimpan dalam akaun Simpan SSPN Prime untuk manfaat anak diberi pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga maksimum RM8,000.00 setahun berdasarkan jumlah simpanan bersih tahun semasa.

Kategori kelayakan adalah seperti berikut:

Taksiran Berasingan:  Pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga maksimum RM8,000 SEORANG setahun.

Taksiran Bersama: Pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga maksimum RM8,000 setahun.

Individu yang menyimpan untuk diri sendiri TIDK LAYAK  untuk mendapat pelepasan taksiran cukai pendapatan.

2. Bagaimanakah cara untuk mengetahui amaun layak insentif pelepasan taksiran cukai pendapatan?

Insentif pelepasan taksiran cukai pendapatan diberikan berdasarkan jumlah simpanan bersih tahun semasa, iaitu simpanan yang telah ditolak pengeluaran. Pendeposit boleh menyemak atau mencetak penyata ringkasan akaun Simpan SSPN Prime melalui e-SSPN Prime di portal rasmi PTPTN.

3. Simpan SSPN Prime dan Simpan SSPN Plus masing-masing menawarkan pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan bersih tahun semasa sehingga RM8,000 bagi akaun yang dibuka untuk anak/anak jagaan yang sah. Jika pendeposit mempunyai kedua-dua akaun, adakah pelepasan taksiran cukai pendapatan yang boleh dinikmati adalah sebanyak RM15,000?

Tidak. Pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan bersih bagi Simpan SSPN Plus dan Simpan SSPN Prime hanya diberikan sehingga RM8,000. Walau bagaimanapun bagi akaun Simpan SSPN Plus, pendeposit boleh menikmati tambahan pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas sumbangan takaful yang dibayar kepada pengendali takaful sebanyak RM7,000, di bawah kategori pelepasan bagi insurans nyawa dan KWSP.

4. Jika penerima manfaat meninggal dunia, adakah pendeposit layak mendapat pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan bersih yang dibuat?

Tidak layak. Jika berlaku kematian penerima manfaat, akaun akan ditutup dan semua keistimewaan akan terbatal.

Geran Sepadan

1. Apakah yang dimaksudkan dengan insentif geran sepadan memasuki IPT?

Geran sepadan memasuki IPT adalah insentif kewangan dalam bentuk tunai yang ditawarkan untuk menarik orang ramai khususnya golongan berpendapatan rendah membuat tabungan bagi tujuan pendidikan tinggi anak-anak. Pemberian geran sepadan bertujuan membantu keperluan anak-anak (penerima manfaat) yang berjaya melanjutkan pengajian di peringkat pendidikan tinggi.

2. Apakah syarat-syarat kelayakan geran sepadan ini?

Pemberian geran sepadan adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

1. Pendapatan bulanan keluarga (gaji pokok) pendeposit tidak melebihi RM4,000 semasa permohonan dibuat.

2. Penerima manfaat telah mendaftar masuk ke mana-mana IPT dan kursus yang diikitiraf oleh kerajaan di peringkat sijil dan ke atas.

3. Penerima manfaat belum mencecah umur 29 tahun semasa permohonan dibuat.

Jumlah keseluruhan geran sepadan yang akan diberikan kepada setiap pendeposit yang layak adalah tidak melebihi RM10,000 satu keluarga.

Kelayakan pemberian geran sepadan hanya kepada pendeposit (ibu/ bapa/ penjaga) yang membuka akaun untuk anaknya sendiri atau anak jagaan yang
sah. Pendeposit yang membuka akaun untuk diri sendiri atau mana-mana orang lain tidak layak memohon geran sepadan ini.

3. Bagaimanakah kaedah tuntutan dan apakah dokumen yang diperlukan untuk memohon geran sepadan ini?

Pendeposit hendaklah mengisi Borang Pengeluaran/Penutupan Akaun/ Tuntutan Geran Sepadan dan mengemukakan bersama dokumen berikut:

1. *Pengesahan pendapatan/ salinan slip gaji/ salinan penyata pencen/ salinan kad pesara yang menyatakan pencen bulanan pendeposit dan pasangan.

2. Salinan MyKad pasangan/ sijil kematian/ surat cerai.

3. Salinan sijil kelahiran/ surat akuan berkanun/ sijil anak angkat penerima manfaat.

4. *Salinan surat tawaran mendaftar masuk ke IPT dan resit bayaran daftar masuk ke IPT.

5. *Surat pengesahan aktif belajar daripada IPT/Agensi yang berkenaan dan hendaklah mencatatkan kursus pengajian (sekiranya tidak memenuhi item

6. Sekiranya penerima manfaat mendapat tajaan pinjaman pendidikan PTPTN, dokumen 4 dan 5 tidak diperlukan.

7. Salinan buku bank persendirian pendeposit (jika ingin dikreditkan ke akaun)

*dokumen 1, 4 dan 5 perlu disahkan

4. Bilakah permohonan geran sepadan boleh dibuat?

Permohonan geran sepadan boleh dibuat pada bila-bila masa sepanjang tempoh pengajian penerima manfaat dengan syarat akaun Simpan SSPN Prime  semasa permohonan adalah aktif dan umur penerima manfaat belum mencapai 29 tahun semasa permohonan. Tuntutan geran sepadan selepas penutupan akaun tidak dibenarkan.

5. Jika tuntutan geran sepadan dibuat dalam tempoh kurang setahun dari tarikh pembukaan akaun, adakah pendeposit layak dipertimbangkan untuk pemberian geran sepadan?

Ya, pemberian token bernilai RM100 akan diberikan sebagai dorongan dan penghargaan kerana menabung di dalam Simpan SSPN Prime.